Saturday, April 18, 2009

Keputusan Ujian Ahli Fotografi Gred B17


Tanggal 26/2/2009 aku telah dipanggil oleh suruhanjaya perkhidmatan awam untuk menghadiri satu sesi peperiksaan yang diadakan di studio RTM Melaka. satu pengalaman yang amat bermakna pada ketika itu...

jam menunjukan pukul 6.00 am pada 26/2/2009. aku terjaga dari lena dan terus mencapai tuala mandi untuk membersihkan diri.... amat berat mata ini untuk dibuka tapi aku perlu mandi untuk memastikan tiada bau yang akan kubawa bersama ketika menghadiri sesi peperiksaan itu nanti. Selesai mandi aku berkemas dan memastikan apa yang aku sediakan pada malam sebelum nye sudah sedia untuk dibawa bersama. aku mencapai beg galas yang telah aku masuk kan sebuah camera SLR canon 88 yang aku pinjam dengan ijoi, yang disertakan dengan lensa biasa, dan lensa zoom. dan tak lupa juga aku bawa bersama tripod untuk tujuaan persediaan sahaja.

tapi ada masalah yang aku hadapi apabila aku masuk kedalam kereta.. manakah arah ku.. rupanya aku tak tau dekat mana letaknya RTM kat melaka tu... aku pikir takpalah.. nanti sampai kat lebuhraya aku cal ayahanda tercinta yang lebih arif tetang jalan di melaka.

aku tiba di tol Alor Gajah jam 7.30 am. aku rasa masih awal lagi, aku berhenti di sebuah gerai yang menjual nasi lemak dan kuih kuih.. tapi apa yang aku inginkan tiada disitu.. aku meneruskan perjalanan sehingga sampai di RTM Melaka.

sesampainya aku disana masih belum ada sesiapa di sana hanya kenderaan penjaga disana... aku merasakan masih terlalu awal lagi.. untuk persediaan aku membaca buku rujukan photographi bagi persediaan aku untuk menghadapi peperiksaan ini.

sebelum taklimat bermula aku terpaksa menunggu kira kira 30 minit. taklimat pun bermula. kami diberitahu supaya membawa filem 35mm kodak gold 24 exp. tapi mase itu apa yang aku bawa adalah kodak gold 36 exp. tapi mereka ata sesiapa yang telah terbeli tidak mengapa hanya shoot dan buat tetapan pada akhir sesi nanti.

lokasi pengambaran yang telah ditetapkan adalah di Bandar hilir, dengan berbekalkan kenderaan kelisa 850 yang aku bawa dari seremban.. dengan kapasiti penumpang 2 orang, aku dengan seorang rakan baru aku yang memperkenalkan dirinya sebagai zack, seorang pembantu tadbir di pejabat setiausaha kerajaan Melaka.

kami diberi 4 tajuk yang harus diselesaikan dalam masa 2 jam. tajuk tajuk nya adalah.

1.flora dan fauna
2.Kenderaan Awam
3.tolong Menolong Amalan Mulia
4.Amboi Cantiknya

setiap tajuk ini diberi peluang sebanyak 5 shoot sahaja.

pada sesi photo tersebut seramai 163 orang peserta telah mengambil bahagian..
bayangkan penuh photografer dikawasan tersebut. ada yang terbaring, mencangkung dan macam macam pose lagi yang ada untuk membuktikan kehebatan mereka untuk mendapatkan shoot yang menarik.

termasuklah aku sendiri. selesai sesi tersebut kami diminta supaya kembali semula ke RTM melaka untuk menyerahkan filem tersebut. setelah bertukar tukar no. telefon aku mengambil keputusan untuk pulang ke seremban.

apa yang aku harapkan pada sesi itu adalah supaya lulus dan apa yang aku harapkan itu tercapai... dan inilah hasilnya

http://photoprodirect.blogspot.com

Thursday, April 16, 2009

BERMULANYA LANGKAH PERTAMA

Pada saat ini bermulanya langkah pertama untuk aku memulakan perjalanan dan pengembaraan didalam dunia RG.
Pada ketika ini juga satu tranformasi telah dibentuk untuk menentukan hala tuju yang mungkin membawa perubahan di dalam hidup sendiri atau kehidupan berada disekeliling aku. disini minat dan kerjaya terbentuk menjadi satu disamping satu komuniti seni yang tidak berbatas meliputi semua aspek, tema, dan konsep kretiviti yang ada di dalam setiap molekul2 otak. persembahan semakin hampir untuk memuaskan hawa nafsu mata telinga dan setiap pancaindera yang lain.. dimulakan dengan langkah ini.. dan doa...... bismillahirahmanirahim